Saturday, January 8, 2011

BLOGWALKING

Selamat Tengahari Kuala Lumpur...cuaca baik untuk blogwalking kan???

Jomssss jalan-jalan cari kawan baru (^^)v


BAU-BAU HATI



Jam menunjukkan jam 10.40 malam. Hari sabtu hampir berakhir dan hari ahad bakal bermula dalam masa 1 jam 20 minit lagi. Masa berlalu dengan pantas bukan, hari berlalu, minggu berlalu, bulan berlalu dan tahun berlalu tanpa kita sedari. Selepas bertahun-tahun menjadi pemerhati manusia tanpa gaji , sedikit sebanyak saya sudah boleh membuat banyak kesimpulan untuk kegunaan masa depan. Antaranya adalah jenis-jenis manusia di dunia ini. 


Ada bermacam-macam kategori yang boleh digunakan untuk mengklasifikasikan manusia, antaranya ialah bau hati mereka. Mereka tidak perlu mati hati untuk buat ia berbau bangkai mahupun menyembur minyak wangi Gucci supaya berbau wangi atau menggosok menggunakan ubat gigi dengan florida untuk ia kekal bersih selama 12 jam. Bau-bau hati ini akan muncul dengan sendirinya mengikut perangai manusia.


Mengikut perkiraan saya ada tiga jenis bau hati manusia iaitu:

1) Hati wangi 
    Pemilik hati ini pastinya orang paling bertuah di dunia. Memiliki hati yang wangi dan suci membuatkan    mereka di hormati ramai dan disegani. Mereka sanggup berkorban untuk negara, bangsa ataupun agama malah ada di antara mereka menjadi pejuang-pejuang keamanan dunia, mempertahankan hak-hak sejagat atau sesuatu golongan tertindas.  Yang pasti hati yang wangi boleh dirasai dengan hati juga. 

2) Hati tanpa bau
      Jenis hati ini adalah jenis yang paling biasa. Ia di miliki hampir semua orang di dunia ini. Hati tanpa bau atau odourless ini ialah hati manusia seperti kita. Hati yang kadang-kadang baik, kadang-kadang ada juga rasa yang tidak sepatutnya. Ini kerana kita bukanlah manusia yang sempurna.

3) Hati busuk
      Ini pula hati yang perlu di jauhi, hati yang berbau busuk. Hatinya tetap busuk walaupun dia sudah mandi dengan segelen sabun Shokubutsu. Orang yang berhati busuk tidak boleh melihat orang senang, suka mengadu domba, memfitnah di belakang dan banyak lagi. Kenapa hati mereka busuk??? ini kerana mereka hanya pandai berfikir tentang diri-sendiri, tidak pernah menghiraukan perasaan orang. Bertentangan dengan hati wangi yang sentiasa memikirkan kebaikan untuk orang lain.


So, hati mana menjadi pilihan? mempunyai hati yang wangi pastinya pilihan paling bagus tapi saya memilih untuk mempunyai hati tanpa bau. Jadi biasa-biasa sudahlah asalkan saya gembira..heheh.


P/s: Saya jumpa orang yang berhati busuk minggu lepas, tak suka duduk tepi dia...BUSUKKKKKKK..huuuu. Cadangan untuk cik hati busuk " sila renovate hati anda ya !"..



from the bottom of my happy heart

Salam perkenalan buat kali ke 1000 kepada blogger.com. Sudah tak terbilang dek jari jemari saya, berapa kali saya membuat blog. Bermacam-macam blog sudah saya cuba dan tanpa segan silu ia masih tersangkut pada blogspot, terima kasih kerana membuat hidup kami (para pengguna blogspot) menjadi mudah.


Terasa ingin berjanji kepada sendiri supaya blog ini akan berkekalan hendaknya. Meninggalkan blog bersawang dan tidak di update selama berbulan-bulan membuatkan saya terpanggil untuk membuat blog baharu dengan nafas yang baharu, gaya yang baharu, nama baharu dan tema yang baharu sempena tahun 2011 ini.


Sebenarnya saya rindu untuk blogwalking macam dulu-dulu. Berjalan dari satu blog ke blog yang lain membuat hati saya gembira, malah saya pernah mempunyai kehidupan yang menyeronokkan dalam dunia tanpa sempadan ini. Dengan itu, saya berharap sepenuh hati semoga blog "the fragments and fragrance of heart" ini berjaya dan hati saya menjadi ceria (^^)v. (Titik)