Monday, March 28, 2011

BUBBLE WRAP ??

Bubble wrap ialah sejenis plastic yang digunakan untuk membungkus barang-barang sebelum di masukkan ke dalam kotak (gambar). 

Ia berfungsi sebagai penyerap hentakan dan mengurangkan kebarangkalian barang untuk rosak ketika penghantaran. Masa kecik-kecik dulu, saya selalu bergaduh dengan kakak saya sebab nak main benda ni. Tiap kali beli TV baru ke, mesin basuh baru ke and even biskut, maka berhempas pulas la kami meletupkan bulat-bulat kecil yang mengandungi udara ini. Pelik tetapi benar , dia memberikan kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya hampir-hampir ingat kami tidak normal...hahhahahaa. Adakah anda juga mempunyai pengalaman ini? KATAKAN YA PADA BUBBLE WRAP!!!!!!

Adakah anda merindu detik-detik indah tersebut? Sekarang ia bakal terubat...hehe


hahhahahaa..sekarang boleh main secara virtual..ntah apa-apa...LOL (^^)v

p/s: rindu nak main yang betol2 lahhh....haishhh (T_T)

Sunday, March 27, 2011

MISSION (not that) IMPOSSIBLE !!!!!!

Demi hari ahad yang bermisi dan bervisi..saya nekad menyelesaikan misi yang hampir mustahil di jadikan realiti kerana sifat procrastinate saya..huhu (bukan senang mengaku kekurangan diri ni tao)

Usai makan pagi (sarapan di beli di pasar tani saja)..saya dengan bersungguh-sungguh dan berhati waja menyiapkan langsir yang hampir sebulan terbengkalai..(lama giler kot) hahahhahaLOL.

Maka setelah beberapa jam maka siaplah sekeping langsir berwarna merah dengan rompok-tompok hitam. Punya la susah nak siapkan sehelai langsir ni...apa taknya, actually ini lah kali pertama belajar menjahit. Orang lain first time belajar menjahit beli kain senang-senang, tapi saya yang cerdik pandai dan tidak sedikit pun bodoh ini telah membeli kain organza untuk dijadikan eksperimen...hahhahaha. Lawak betol. Sudahnya stress tercipta di kala menjahit sebulan yang lepas...dan lepas tu sibuk je memanjang tak ada masa nak teruskan. Tiap-tiap hari minggu ada je kerja so faham faham je lah kan. 

so ini lah hasilnya..tadaaaaaa.....

pict: bersama-sama langsir ialah rakan-rakan yang memberi sokongan penuh, whity, ming ming, peanut butter, grady 1 dan grady 2. E'eh bunga merah pun tersenyum dapat langsir baru..haha

begitulah misi saya pada hari ini...sekian terima kasih (^^)v

p/s: Oppss ada satu lagi misi terbengkalai lahhh...nak kena isi borang ni..haishhhh ada sape2 boleh tolong x??? (T_T)

Saturday, March 26, 2011

SAYA DAN KEHIDUPAN KOTA

Saya belum membeli kereta...jadi setiap hari saya naik bas ke tempat kerja saya iaitu sebuah hospital yang terkemuka di ibu negara ( ye ke??..mcm x je ). Jadi pagi tadi saya naik bas dengan tidak gembira sebab perasaan sakit hati kerana perlu bekerja pada hari minggu.

Hidup di Jalan Ampang ni, secara jujurnya memerlukan kesabaran tahap tertinggi..jalan jam tak payah nak cakap lah. Jadi saya rasa baik saya naik bas la, daripada bawak kereta dan menjerumuskan diri ke dalam kincah stress. Lagipun dari rumah ke hospital cuma memakan masa selama 15-20 minit sahaja.  Hari ini  muka orang dalam bas, semua macam tak puas hati je ..ye la sape la nak kerja hari sabtu kan? Termasuk lah abang konduktor bas (atau adik ??---> kurang pasti).. tapi kalau ye pun tak payah la menunjukkan muka yang masam macam tu pada saya, spoil mood saje..ayyakkss

Nasib baik la kerja hari ni OK saja. Tak sibuk sangat sebab sekarang ni orang-orang cina ramai pergi sembahyang nenek moyang mereka dekat kubur, so ramai yang balik kampung. Jadi patient cina sedikit kurang la, kalau tidak tak senang duduk la jawabnya.

Petang-petang mcm ni..best betul duduk rumah..makan jagung, dengar radio sambil browse internet..kan best kalau hari2 mcm ni..wuuuuuuu

p/s: Owh malam ni EARTH HOUR yea...jom la kita bergelap bersama-sama (^^)v

Saturday, March 19, 2011

DIA DAH NAK KAWEN

Kesian blog nie, buat2 terbengkalai jugaks...mcm biasa. Adoiii la... Pening kepala plak tu hari nie, sbb kena hujan balik keje tadi...ayyakkss.

Berbalik kepada tajuk blog...DIA DAH NAK KAWEN. Nak nangis??  or nak senyum ?? Mestilah senyum dan doakan kebahagian dia. Tak pernah tgk muka awek dia sebelum ni, baru hari ni tgk gambar. Anyway, diorg berdua sangat sesuai..muka ada iras2 gitu. Saya doakan encik (bukan nama sebenar) berbahagia hingga ke syurga dgn cik (bukan nama sebenar)...hahhahaha

Kadang2 bila satu perhubungan terputus, bukan lah bermakna dunia akan berakhir, mungkin ia permulaan indah perhubungan yang lain pula.

Lagipun hubungan kami tak boleh dikategorikan sbg satu 'perhubungan' pun sebab setelah berfikir, mungkin saya ni orang kedua saja...hehe. Mungkin saya hanya seseorang yang muncul dalam hidup dia sebagai satu ujian dalam hidup dia dan pasangan.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian berdua ..

p/s: teringat menangis teresak2 di Puncak Alam dulu...kisah lama usah di kenang

SEKIAN

Saturday, January 8, 2011

BLOGWALKING

Selamat Tengahari Kuala Lumpur...cuaca baik untuk blogwalking kan???

Jomssss jalan-jalan cari kawan baru (^^)v


BAU-BAU HATI



Jam menunjukkan jam 10.40 malam. Hari sabtu hampir berakhir dan hari ahad bakal bermula dalam masa 1 jam 20 minit lagi. Masa berlalu dengan pantas bukan, hari berlalu, minggu berlalu, bulan berlalu dan tahun berlalu tanpa kita sedari. Selepas bertahun-tahun menjadi pemerhati manusia tanpa gaji , sedikit sebanyak saya sudah boleh membuat banyak kesimpulan untuk kegunaan masa depan. Antaranya adalah jenis-jenis manusia di dunia ini. 


Ada bermacam-macam kategori yang boleh digunakan untuk mengklasifikasikan manusia, antaranya ialah bau hati mereka. Mereka tidak perlu mati hati untuk buat ia berbau bangkai mahupun menyembur minyak wangi Gucci supaya berbau wangi atau menggosok menggunakan ubat gigi dengan florida untuk ia kekal bersih selama 12 jam. Bau-bau hati ini akan muncul dengan sendirinya mengikut perangai manusia.


Mengikut perkiraan saya ada tiga jenis bau hati manusia iaitu:

1) Hati wangi 
    Pemilik hati ini pastinya orang paling bertuah di dunia. Memiliki hati yang wangi dan suci membuatkan    mereka di hormati ramai dan disegani. Mereka sanggup berkorban untuk negara, bangsa ataupun agama malah ada di antara mereka menjadi pejuang-pejuang keamanan dunia, mempertahankan hak-hak sejagat atau sesuatu golongan tertindas.  Yang pasti hati yang wangi boleh dirasai dengan hati juga. 

2) Hati tanpa bau
      Jenis hati ini adalah jenis yang paling biasa. Ia di miliki hampir semua orang di dunia ini. Hati tanpa bau atau odourless ini ialah hati manusia seperti kita. Hati yang kadang-kadang baik, kadang-kadang ada juga rasa yang tidak sepatutnya. Ini kerana kita bukanlah manusia yang sempurna.

3) Hati busuk
      Ini pula hati yang perlu di jauhi, hati yang berbau busuk. Hatinya tetap busuk walaupun dia sudah mandi dengan segelen sabun Shokubutsu. Orang yang berhati busuk tidak boleh melihat orang senang, suka mengadu domba, memfitnah di belakang dan banyak lagi. Kenapa hati mereka busuk??? ini kerana mereka hanya pandai berfikir tentang diri-sendiri, tidak pernah menghiraukan perasaan orang. Bertentangan dengan hati wangi yang sentiasa memikirkan kebaikan untuk orang lain.


So, hati mana menjadi pilihan? mempunyai hati yang wangi pastinya pilihan paling bagus tapi saya memilih untuk mempunyai hati tanpa bau. Jadi biasa-biasa sudahlah asalkan saya gembira..heheh.


P/s: Saya jumpa orang yang berhati busuk minggu lepas, tak suka duduk tepi dia...BUSUKKKKKKK..huuuu. Cadangan untuk cik hati busuk " sila renovate hati anda ya !"..